LHR masa sebulan setengah, dia dah berubah dari "berak" banyak...orang tua panggil sarat...nanti saya citer pasal sarat.. berubah ke berak sekali sehari dan kadang-kadang sampai 3hari tak berak..huhu..macam2 kan anak kecik ni...bila die berak banyak pun susah hati..tak berak pun susah hati jugak...Bila masuk 4bulan, kembali normal sekali sehari...
Semalam, hari Ahad..LHR terbangun pukul 4.30 pagi...selalunya dia nak minum susu...tapi semalam tak nak minum, dia nangis..so, saya kena dukung dia..sekejap tu dengar, dia mcm meneran..prepppppp..hihi..dah keluar..dengar macam cirit je..hehe..bila cek, betul cirit..dalam hati tertanya,,LHR xmakan apa2 lagi..minum susu je..air xmasak ke??hmm..lps cuci, dia minum susu dan terus tidur..masa tu saya bancuh kasi pekat sikit..4oz (4air-4 suku skop susu)...konon buat istilah sendiri..kalau susu pekat, berak keras....lepas tu,ibu dia sambung tidur...zzzzzzzzzz...till subuh yang dah nak gajah n dinosor..xsedar sebab hp xleh on..charger rosak pulak.......
Dalam 7.30 pagi, lagi sekali LHR nangis..hmm, slalunya bila die tersedar waktu ni..dia akan ceria...ini cam bad mood je anak ibu ni...sakit perut kot..xlama tue, dengar sekali lagi macam sebelum tu...alamak, nape ni...risaunyer...cakap kat daddy..nak bawak ke klinik tak...daddy suruh tunggu dulu tengok macam mana keadaan hari ni..biasala kan ibu ni risauu terlebih...sekali lagi lepas mandikan LHR..bagi susu pekat....LHR tidur lagi...hmm, tengok takdela terhidrate..yang risau berak2 ni, kalau bercampur dengan demam...kemungkinan kalau berak&demam disebabkan terkena jangkitan rotavirus. Boleh rujuk link ni http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda
Sekali lagi LHR terjaga dari tidur dan menangis macam pagi tadi...Daddy dah mula amik minyak yuyee, sapu kat tapak kaki..lepas sakin pampers...saya diskuss dengan daddy die..risau..dah 3 kali ni...So, bermulalah sesi cari maklumat dalam google..baru sibuk nak tanya en.google kan..lepas search tu terjumpalah beberapa entry berkaitan cirit birit tu..dan salah satu yang saya share link tu...dan saya ada juga baca forum...dari situ dapat info, rupanya kalau baby cirit, kena kurang kan susu..misalnya 4oz, 2air, 2skop je susu...ataupun bagi air masak je...hmm..air masak?lagi 4hari baru boleh bagi,.,kalau tak ok jugak, cuba tukar susu kepada susu tanpa laktosa.. sebab laktosa tu akan menyebabkan cirit lagi worse...owhh, patutler..sory ye sayang.. ibu xtau...berikut do and donts bila your baby terkena cirit-birit:
1) Bagi banyak air masak
2) Kurangkan susu atau kalau baby dah boleh makan solid food, jangan bagi susu langsung sampai cirit dah ok.. (yang ni tak boleh lagi sebab LHR xblh mkn lg)
3) cuba tukar susu kepada susu free laktose...bila cirit dah ok, baru tukar balik
4) sapu minyak kat tapak kaki dan perut.
5) tukar lampin dan sapu cream, nak elakkan merah
6) monitor behavior baby..kalau lemah cepat2 bawa ke jumpa pakar kanak-kanak..takut terhidrate..
7) always cuci tangan sebelum pegang baby untuk elakkan virus seperti rotavirus.
So, saya bancuh susu lagi utk LHR buat cair...dan letak minyak banyak2 kat perut..tengok mcam mana, kalau tak ok, tukar susu,,,,.
so far LHR dah tak berak..Alhamdulillah..harap xmelarat la..ibu and daddy sangat lega...hehe
![]() |
Dah ok..blh bwk keluar... =) |
...thanks for good info . my baby also starts poopooing more than 3 times within 8 hours. hopefully it is growth spurts only.
ReplyDelete